Perbezaan Insuran Konvensional dan Takaful
6 Perbezaan Insuran Konvensional dan Takaful
1.
Perjanjian
insuran konvensional adalah satu kontrak jual beli biasa sahaja.
Manakala perjanjian motor takaful pula adalah kontrak tabbaru’ (derma
& sumbangan) yang disertakan dengan pelaburan.
2.
Peserta
insuran konvensional membayar premium kepada
syarikat insuran. Manakala peserta motor takaful pula membuat sumbangan ke dalam takaful. Setiap peserta
menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful.
3.
Bayaran wang premium peserta dianggap sebagai wang syarikat insuran
konvensional. Manakala motor takaful tidak menganggap sumbangan takaful sebagai wang syarikat dan akan diasingkan dalam tabung takaful.
4.
Syarikat
insuran konvensional bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti
dalam kontrak jual beli daripada asetnya sendiri.
Manakala syarikat takaful bertindak sebagai pengendali atau pemegang amanah dan
membayar manfaat insuran daripada kumpulan wang peserta.
5.
Pelaburan
wang insuran konvensional bebas beroperasi tanpa sebarang
kekangan syariah. Seperti juga pelaburan saham dan mutual fund lain,
sudah pasti syarikat konvensional memilih instrumen yang membawa pulangan
terbesar di Malaysia iaitu perjudian dan minuman
keras. Manakala pelaburan motor takaful hanya menggunakan instrumen yang mematuhi dan berlandaskan syariah Islam.
6.
Peserta
insuran konvensional tidak mendapat apa-apa bahagian
jika syarikat insuran untung, jika bernasib baik mereka hanya akan
diberi diskaun oleh ejen tertentu sebagai gula-gula mendapatkan pelanggan.
Manakala motor takaful akan berkongsi lebihan keuntungan dengan
peserta pada tahun tersebut daripada tabung takaful secara konsep mudharabah.
Jadi jika anda seorang Islam yang
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu sehari, menunaikan
zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadhan sudah pasti anda ingin menjaga makan
minum daripada yang halal sahaja.
Kalau
dahulu kira darurat kerana kita tiada pilihan produk berlandaskan syariah
Islam, tetapi sekarang sudah ada takaful jadi buatlah pilihan yang
terbaik.
Islam itu adil dan saya
pasti golongan bukan muslim juga tertarik dengan produk mudharabah kerana ia
lebih adil kepada peserta dan lebih menarik dengan konsep perkongsian
keuntungan.
Kami menyediakan perkhidmatan
Delivery Road Tax ke rumah/pejabat
Hanya whatsapp geran@cover note ke
011-11722376 - MUHAMMAD
MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT
atau